Monday, December 28, 2009

Manusia Teristimewa


Setiap manusia ada titik perubahannya.. Sama ada ke arah kebaikan atau keburukan, semua bergantung kepada apa yang ditakdirkan mengikut apa yang kita usahakan.. Seandainya kita terjerumus ke lembah dosa, dan masih meletakkan diri sendiri di dalam keadaan dan naungan dosa, maka di situ lah tempat kita untuk kesekian kalinya.. Tapi andai kesedaran hadir dan dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan kehidupan murni yang baru, makan insyaAllah usaha itu akan mendapat keredhaan Allah...

Perlu kita ingat, kita dicipta dengan keistimewaan yang cukup indah..-AKAL FIKIRAN-.. Maka dengan akal fikiran ini lah, kita seharusnya membentuk diri dah hati.. Akal fikiran yang digunakan dengan sebaik-baiknya, pasti dapat menghasilkan sebuah sikap penuh indah dan cantik seperti yang seharusnya setiap daripada kita miliki. Melalui akal fikiran ini, kita perlu berfikir tentang baik buruknya setiap perlakuan dan tindakan.. Melalui akal fikiran ini, kita perlu mentafsir sebab akibat sesuatu perkara yang terjadi..

Malangnya, jarang sekali kita lihat pada masa kini, anak-anak muda yang menggunakan akal fikiran yang serba indah dan hebat itu ke arah kebaikan. Oleh kerana itu kita melihat, terlalu ramai antara mereka terjerumus ke dalam lembah-lembah dosa yang sebenarnya sedari kecil kita menyedari akan akibatnya.. Akal fikiran yang dilitupi 'hijab hitam' ini menjadi nadi kepada segala keburukan dan kejahatan yang berlaku. Puncanya? Pendedahan melampau terhadap budaya hedonisme dan bebas, seiring dengan kegagalan diri dari menilai baik buruk perkara itu dengan sebaik-baiknya...

Maka adalah menjadi perkara penting untuk kita kembali berfikir dengan sebaik-baiknya, dengan akal fikiran yang serba hebat tentang laluan kehidupan yang kita sendiri perlu bentuk dan corakkan. Apakah jalan itu yang membawa keredhaan Allah? Atau jalan itu yang membawa kita kepada kemurkaan-NYA.... Renungkan Saudara saudariku...